RIDAM?

SIAPA RIDAM?
RIDAM adalah singkatan kepada RAWATAN ISLAM DARUL MANZIL.Ianya ditubuhkan secara komersial pada pertengahan 2007 di Kemaman Terengganu oleh Sdr. Khairul Syakirin bin Abdul Wahab.

Manzil
Namanya diambil sempena peristiwa dimana Rasulullah S.A.W mengubat seorang Badwi yang mengalami Sakit Gila atau Sawan dengan beberapa himpunan ayat dalam Al-Quran .Dengan izin Allah S.W.T, si Badwi itu tadi sembuh.Himpunan ayat tersebut digelar Doa Manzil yang bermaksud ‘amalan seisi rumah atau keluarga”.

Selain mengamalkan Doa Manzil dalam perubatan, Rawatan Islam Darul Manzil juga menggunakan Doa Haikal, Doa Nabi Khaidir A.S, Doa Nurun Nubuwwah, Doa Abu Darda’ dan banyak lagi doa-doa yang diamalkan oleh para Nabi, Rasul dan Wali Allah dalam usaha membantu dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kini, Pusat Rawatan Islam Darul Manzil di daftarkan dalam operasi syarikat Manzil Enterprise bersama kepelbagaian jenis perniagaan usahasama yang lain.
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design